Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, December 9, 2014

BAJET KENDURI KAHWIN RM5000++

Assalamualaikum. Hari ni CL nak share skit macam mana buat kenduri kahwin yang simple dan murah.

First of all, kalau dicongak-congak usia perkahwinan CL ni baru menjangkau usia 4 bulan. Nikah 30/7/2014 yg lalu. So, boleh kira pengantin baru lagi la eh..Hehe

Ok, back to our discussion.
(Erghh, sakit kepala nak ingat balik semua yg dah berlalu. Tapi, demi pembaca sekalian, CL sakitkan jugak kepala ni..)

Berikut adalah bajet kenduri belah keluarga CL:-

Perkara
Harga
Catatan
Kain pasang 8 meter (pakej untuk lelaki & perempuan)
-tambahan kain lace 2 meter
Rm200
-Umi jahit sendiri
(buat jubah)
-Lain kali boleh pakai lagi jubah ni.
Cadar pengantin
RM10
Recycle yg pakcik kawen dulu. Cuma tambah manik2 sikit.
Cadar untuk tidur
RM160
Beli ngan kawan (cadar quilt patchwork tu)
Hiasan bilik
-Bunga plastik & bantal kecik
-Pewangi febreze
RM120
-Dekorasi bilik kawan umi tolong buat. Dia takmau amik upah tapi umi nak bagi jugak. RM50.
Inai
-
Ambil di pokok & minta adik tumbukkan
Kasut
RM35
Beli masa tgh sale The Store.
Tambah berlian nk suh berkilau skit. Gam sendiri je. Gam UHU.
Inner & Tudung (2 helai)
-Satu untuk majlis nikah-cream
-Satu untuk majlis belah lelaki-hijau lembut

RM70
 -Nak bagi berkilau sikit, tampal lace kerawang tu kat awning inner yg keras tu.
Veil
RM50
Pinjam kawan punya. Dia nak bagi free ja, tapi saja nak hulur jugak.
Barang hantaran
-Buku(yg dah setahun beli)-rm50
-Perfume & kosmetik-rm150
-Quran-rm50
-Kamera kompak (yg dah 3tahun beli & pakai)-rm460
-Telekung solat (yg dah 2,3 kali pakai)-org bagi
-Gelang emas
RM710
Kalau ditolak harga kamera yg beli 3tahun dulu, hanya RM250 guna utk beli brg hantaran
-Gelang tu plak main kutu ngan kawan. RM60 sebulan. Main 10orang. Boleh la..
Kek
-
Kawan umi sponsor
Bunga telur & doorgift VIP
RM100
-Buat sendiri guna kertas crepe
-Buat 100 pacak saja.
Bekas Doorgift
RM30
-Buat sendiri guna majalah lama dan kertas A4 yang digam dan tampal reben
-Isi doorgift pulak sepupu2 pakat sponsor
Bekas hantaran
-aksesori bunga semua tu
RM50
Ummi gubah sendiri
Kenduri tetamu
-Jemput 250 orang shj
-Sewa khemah, meja n kerusi termasuk dalam bajet ni
RM4000
-Main kutu dgn umi. Bulan-bulan rm200 selama 10 bulan. So, dapat RM2000.
-RM1000 lagi saudara-mara sponsor. Pakat bagi sikit sorang.
-RM1000 lagi kawan umi sponsor
Kecemasan
RM100
-Just prepare kot-kot..
TOTAL
RM5175




No pelamin.
No make-up service.
No makan beradap.
No photographer.

Pergi masjid sebelum zohor. Solat zohor di sana dgn jubah pengantin tu. Pas zohor, tok imam penggil kami masuk ofis dia sat sbb nk bincang pasal maskahwin.
Selesai akad, balik makan nasi kenduri di rumah. Pastu mesra-mesra dengan sanak saudara, sahabat handai. Amik gambar gitu gini lebih kurang. Alhamdulillah selesai. 

Lauk pun ada lebih banyak lagi. Masak secara bekwoh=gotong-royong dengan ahli keluarga & jiran2 saja. Jadi, boleh bahagi-bahagi lagi.

Ok la, ok la..Tambah la RM250 lagi untuk tambang bas utk urusan kursus, HIV test, dokumen2 penting dari Perlis ke Kelantan.
5 keping dinar emas sebagai mas kahwin

Di masjid Mukim Manek Urai Lama. Adikku sebagai wali menggantikan arwah abah.

No posing-mosing maut. As simple as possible. Tade pelamin pun. Ini pun org tangkap muat aje gambar..

Barang-barang hantaran yg kami pakat tukar.

Bergambar di ruang tamu dengan keluarga belah lelaki

Jubah hasil jahitan umiku. Manik-manik tu I buh sendiri..Memandai aje.

Dalam bilik yg didekorasi lebih kurang gitu..

Bergambar dgn ahli keluargaku. Kek tu disponsor oleh pak sedara utk makan sesaja..
Tq p.su mae..


Simple kan? But, nice...

Buat apa nak perabih duit banyak-banyak kat sehari tu aje? Kita nak hidup berumahtangga ni utk seumur hidup ni lagi banyak nak guna duit tau.
Berjimatlah. Jangan membazir.

Lensa Che Long: Wanita yang berkat adalah yang murah maharnya. Doakan kebahagian kami ye.. Semoga dikurniakan Allah zuriat keturunan yang soleh dan solehah. 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email