Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

PETUA RAWAT DEMAM

Assalamualaikum.  Fuhhhh.....! Tiup sikit habuk yang bersawang di blog ni. Hehe.. Maklumlah busy sikit YB ni ha.. Tambah pulak baru kebah demam. CL kali ni nak share satu kaedah untuk ubati demam tanpa makan ubat panadol/paracetamol atau segala jenis drugs la. (Kalau demam panas tu tak berani jamin la sebab CL tak pernah kena lagi). Ini untuk kes demam selsema atau flu biasa-biasa je tu. Walaupun biasa-biasa mahu baring atas kat tilam 2, 3 hari jugak kan??? Dulu-dulu, CL kalau demam je telan panadol. Paling suka telan menda Actifast nu ha.. Ye la kan, terpengaruh dengan iklan nak sembuh cepat macam dalam TV duk tayang selalu tu la. Tapi, sebenarnya kalau sahabat semua nak tahu, semua jenis drugs ni akan kekal dalam badan kita untuk jangka masa yg lama sebelum dia akan fully dissolve dari badan kita, especially si paracetamol tu ha.. Banyak link ttg bahayanya paracetamol ni. Antaranya:- 1. http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tahukah-anda-bahaya

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata  Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini. "Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu.  Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu. "Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang  untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.."  "Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati. "Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia  supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila M

Untukmu Muslimah

Dipetik dari buku "Buat Bakal Isteriku" tulisan Ibnu Rijal. Biar dibenci, biar ditohmah, Dikau dikritik, dikau difitnah, Walau dianggap insan yang lemah, Abdi pada Rabbmu tetap kau istiqamah, Tirai maruahmu di sebalik jubah, Hiasan rupamu di sebalik purdah, Walau yang lain sibuk mendedah, Usah kau peduli, usah kau endah, Kerna dikau hiasan terindah, Anugerah Allah SWT di bumi bertuah, Buat dikau pewaris Jannah. La Tahzan! Wahai Muslimah..

Cinta Pendosa (Part 1)

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya. Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira . Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama. "Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paks

20 sen harga petrol naik, ADA EFEK KE?

Bismillah.. 20 sen untuk segelintir orang yang berkemampuan, tada hal punya ma... TAPI!! 20 sen untuk orang yang pakai motosikal cabuk Suzuki FX100 macam CL neh, memang terkesan yang teramat hoi... Nak berangan beli kereta Viva sebijik (bayar ansur-ansur) pun dah cancel.. VIP dan VVIP takpela, depa dah ada Hummer, Audi, Lancer, Ferrari and so on.. Mana nak kisah setakat 20 sen. Dulu-dulu (zaman lepas grad), isi RM5 tank tu dah hampir penuh & cukup untuk motor bergerak ke situ-sini seminggu lamanya.. My petrol budget for whole month on that time is RM20 only. Tapi sekarang (selepas dinaikkan 20sen) , RM5 nak penuh? Sorry la... Separuh tank ajer (ada lebih sikit pun, satu bar je..) Nak penuh tank? Kena isi RM8 beb... RM8 cuba u'all darab dengan 4 minggu.. Dah RM32 sebulan. *what?* Dahsyat kan? Lari giler bajet tu.. nak saving pun susah sekarang. Semua duit yang dapat only to pay, pay, pay and pay....... Pendapatan sama aje. Takde pun nak naik sebagaimana harga barang2 ni

Panduan Menyambung Pengajian Master of Science (MSc)

Bismillah.. Ya Allah, sukarnya terasa perjalanan ini. Tak semudah yang CL sangka langsung. Personaliti diri yang mudah terganggu fokus turut menyumbang kemerosotan pencapaian dalam menyempurnakan pengajian. Allahurabbi, bantulah hamba-Mu ini. Matlamat mahu selesai pengajian dalam masa setahun, kini tersasar dari landasan. Perut mula bergelora kencang. Badai yang menghempas dada terasa memberat. Terasa semuanya serba tidak kena. ******************************************************************************** Nasihatku buat yang mahu menyambung pengajian sarjana terutama dalam bidang kajian (research mode), sebelum anda mendaftar dan mula terlibat dengan dunia ini, SILA:- 1. Pilih projek/tajuk yang anda minat dan mampu buat berdasarkan pengalaman dan ilmu asas anda. 2. Bincang sedalam-dalamnya dengan bakal penyelia anda termasuk risiko yang bakal anda hadapi semasa menjalankan projek tersebut nanti.  3. Bincangkan juga bersama bakal penyelia anda tentang aspek ke

Lempeng Tepung Beras

"Anda bujang dan sedang lapar? Malas nak keluar membeli di kedai atau warung?" Ini dia.... Resepi 'simple yet healthy' orang Kelantan buat lempeng.  Cuma CL modified sikit ikut selera sendiri. Masakan menggunakan tepung beras memang lembut. BAHAN-BAHAN:- Tepung beras (satu cawan) Tepung gandum (1/4 cawan) Telur (sebiji) Air (1 1/2 cawan) Bawang merah (2 ulas) Garam (secukup rasa) Esen vanilla (3 titik) Serbuk milo/koko (secukup rasa) CARA-CARA:- 1. Mayang atau kisar bawang merah. (Sesetengah anak-anak tak suka makan bawang, jadi amat berkesan jika bawang tersebut dikisar.) 2. Adunkan kesemua tepung beras, tepung gandum, telur, garam, air, bawang, esen vanilla dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan hilang ketulan gandum. 3. Cairkan mentega dalam kuali panas dengan api sederhana. Masukkan adunan lempeng dan goreng hingga masak. Tadaa!! Dah siap, boleh makan. 5 minit je.. Kalau ikut selera CL, akan cicah gula. Hehe, standard la tu orang Kel

Mesir: Untungnya mereka. Ruginya kita.

Insiden berdarah bergolak kembali di Mesir. Setelah sekian lama Mesir mendambakan demokrasi yang akhirnya mereka dapati tika Presiden Morsi diangkat sebagai ketua negara, kini demokrasi yang rakyat Mesir pilih itu direnggut kasar oleh pimpinan kudeta yang sadis. Tanpa belas kasihan terhadap saudara mereka sendiri. Bahkan di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia, tanpa segan-silu mereka tetap menghancurkan dada dan kepala saudara mereka dengan api, peluru,  gas beracun, molotov, bom dan segala jenis senjata yang membunuh. Sedangkan rakyat lemah tanpa senjata. Rakyat sendiri ditindas dan dibunuh? Apa jenis kekejaman ini? Adakah sejarah jahiliyyah manusia sedang berputar kembali filemnya? Lebih malang lagi, ada segelinitir 'manusia bodoh' yang menyalahkan demonstran. Kata mereka, memang patut tentera/polis membunuh demonstran/penyokong Morsi kerana mereka yang memberontak. Kata mereka lagi, demonstran ini sendiri yang memilih jalan celaka. Jalan kematian. Sungguh mereka ti

RAMADAN: 10 malam terakhir, layakkah aku?

Bismillah.. 20 Ramadan 1434H. Maka malam ini adalah malam pertama. Malam pertama dari 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara Ramadhan pada tahun ini. Namun, entah kenapa dada ini terasa sesak kali ini. Sesak mengingatkan betapa selesanya aku di sini jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku di negara lain. Masih mampu ke bazar pada waktu petang mencari juadah ifthor. Menikmati ayam percik, kuih akok, air tebu di waktu berbuka. Masih mampu membaca al-Quran di dalam suasana rumah yang selesa walau hakikatnya sejuzuk sehari pun kadang-kadang tak mampu dihabiskan. Masih mampu membawa beg tangan cantik untuk diisi kain telekung untuk solat terawih di masjid walau hakikatnya kadang-kadang solat tidak khusyuk pada Allah. Masih mampu duduk bersila selesa di dalam masjid berhawa dingin untuk mendengar tazkirah Ramadhan selepas terawih walau hakikatnya ada juga pesanan tuan guru yang tidak lekat di kepala kerana fikiran ralit men

Guru KAFA Perlis (Ganti) - Bhg 2

Bismillah.. Sudah sebulan lebih CL menjadi guru KAFA ganti. Alhamdulillah, what a new experience in my life.. Anak-anak Darjah 4 yang menjadi tanggungjawab CL ini benar-benar mencabar. Kenakalan dan keaktifan mereka di dalam kelas membuatkan CL kadang-kadang jadi speechless. Kepada anak-anak didik CL yang rajin menghadirkan diri ke kelas KAFA, terima kasih sangat-sangat Ustazah ucapkan sebab sudi datang menimba ilmu dengan CL yang ilmu tak seberapa ini. Sebelum Ramadan (waktu CL baru start mengajar kelas KAFA); Hafiz, Shahirah, Badrul, Amira, Syamimi, Sofia, Syahdam, Diana, dan Ilya antara yang cukup rajin ke kelas. Walau hakikatnya kelas ini sepatutnya dihadiri oleh 29 orang pelajar, namun dengan beberapa kerat pelajar ini pun CL sudah amat bersyukur. Penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran cukup terbaik. Sekurang-kurangnya, kesedaran mereka untuk mendalami ilmu agama itu sudah membuatkan CL happy.. Celoteh mereka tak usah dikira. Memang banyak 'cakap dan tany

Langgar, Lari Movie

Bukan CL kena langgar lari. Tapi tajuk movie terkini yang sedang panas di pasaran perfileman negara kita. Kat tempat CL kerja part-time, ada la 2,3 orang pekerja lelaki duk kecoh pasal movie ni. Katanya best la jugak. So, CL pun search la tengok movie apabenda ni.. Pelakon utama movie Langgar-Adiputra. Yang movie Lari pulak-Aaron Aziz.  Well, bukan pelakon tu fokus CL kali ni. Selepas tengok movie tu, yang banyak aksi bergaduh, bertumbuk, bunuh, dsbg tu (erk, agak bosan jugak)... Pengajaran yang mungkin CL boleh extract dari movie-movie yang macam ni semua.. 1. Isu Gangsterisme -CL percaya memang wujud isu gangsterisme ni di negara kita. Tengok sajalah berita di akhbar dan TV. Macam-macam jenis pembunuhan dilaporkan berlaku setiap hari. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan, agak-agak mesti banyak lagi kan. Ada satu berita tu, mayat sedang berasap dijumpai di tepi jalan. Ada berita lain, mayat dijumpai terikat dengan tali dan

Guru KAFA Perlis (Ganti)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. ::PERMOHONAN:: Dua bulan yang lalu, CL ada hantar borang permohonan untuk menjadi guru KAFA ke JAIPs (Jabatan Agama Islam Perlis). Sebenarnya tak mengharap sangat pun untuk dapat tawaran sebab terang-terang dalam borang tu dah tulis 'keutamaan diberikan kepada anak Perlis'. CL bukan orang Perlis walaupun dah bermukim di sini dekat 6 tahun. Tapi, kita cuba je la kan. Mana tahu ada rezeki.  Sebenarnya, CL dapat maklumat dari seorang kawan yang mengajar KAFA tentang permohonan jawatan ni boleh apply bila-bila masa ja. Katanya, kalau zaman SPM dulu dapat result Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tinggi yang cemerlang jadi bolehlah try apply. Alhamdulillah, dulu CL dapat cemerlang, so tanpa berlengah CL ke JAIPs mintak borang kosong, isi, dan hantar. Staf kat JAIPs tu cakap, kalau CL lulus saringan pegawai diorang, CL akan dipanggil untuk interview. Kalau lulus interview tu, InsyaAllah dapat la kerjanya. Tup-tup, awal bulan Jun lepa