Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

DAI'E: Disebalik Tabir

Dakwah. Satu istilah yang membawa makna menyeru dan mengajak umat manusia ke arah kebaikan dan mendapat redha Allah s.w.t. Che Long selalu ingat hadis Rasulullah s.a.w:  "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat." ~~Berpegang dengan hadis ni, CL rasa tak salah jika CL namakan diri CL juga pendakwah/dai'e. Nak tunggu ada ilmu tinggi-tinggi dulu baru nak berdakwah, susah juga.  Cuma, apa yang sering dai'e kecil seperti CL fikirkan?? ::DULU:: --Dulu, bila ada peluang untuk buat pahala (ke kuliah ilmu, usrah, kem ilmu, sedekah), CL rasa takut untuk ajak kawan-kawan/famili untuk join sama sebab takut mereka menolak. --Dulu, bila tengok kawan-kawan/famili buat benda yang Allah tak suka, rasa takut sangat nak tegur sebab takut kena sindir @  boo balik. --Dulu, bila tengok TV (rancangan hiburan/filem/drama), selalu kutuk artis yang:- Terkinja-kinja menari, melalak menyanyi sampai nampak anak tekak. Tak malu peluk, pegang. cium antara aktor &

ISU HUDUD: CEKOH DURIAN IKUTLAH PAKSANYA..

Posted by Dr Azman Ibrahim Tahniah   dan   syabas   kepada  Tuan Guru  Mursyidul  Am  atas   kenyataan yang  tegas ,  berfakta   dan   berhemah serta   penuh   berhikmat  yang  telah menutup   mulut-mulut  yang  mengomel itu   dan   ini   berkenaan   hukum  Allah yang  bernama   Hudud ! Tuan Guru NIk Aziz NIk Mat ~semoga dirahmati Allah sentiasa. Sesuatu   perkara ,  apabila   kita kembali   kepada   kaedah  yang sebenar   dan   rujukan  yang  soheh ,  pencerahannya   begitu   mudah   dimengertikan sekalipun   oleh   mereka  yang  masih   mengingkarinya   tetapi   akan   ketandusan   hujah untuk   menafikan   hakikat     yang   terserlah . Orang   tua-tua   ada   bidalannya , ‘ Bila   nak   belah   buah  durian,  cekohlah   ikut paksanya …’  Bunyinya   biasa ,  tapi   maknanya   sangat   mendalam .   Sesuatu   perkara , lakukanlah   ia   mengikut   kaedahnya   dan   dilakukan   oleh   mereka  yang  ahli   nescaya   ia akan   selesai   dengan   cara  yang  terbaik . Duria