Skip to main content

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 1)

Tanggal 22/6/2012 (hari Jumaat yang mulia), Che Long (CL) ke Klinik Gigi kerajaan untuk cabut gigi bongsu (atau dalam bahasa omputihnya wisdom tooth). Seminggu sebelum tu, dah ke klinik jumpa dentist bincang ttg gigi yang nak dicabut tue. Siap buat x-ray lagi, sebab Dr. ckp gigi yg bawah nak kena buat minor surgery. Sebabnya, gigi bongsu ni mengalami sedikit komplikasi sikit. Dia tumbuh 1/3 je. 2/3 lagi tenggelam dalam gusi dan menyebabkan berlakunya senario impacted wisdom teeth. Uh..ngeri dengor.. CL mintak 2 batang gigi cabut sekaligus. Cewah, cam berani jer.. 

Jenis2 pertumbuhan gigi bongsu yang pelik2..
Yang CL punyer masalah adalah Partial Eruption. 

Asalnya appointment dgn Dr. pada 15/6, tapi bimbang plak teruk sangat sakit kesan selepas cabut gigi sedangkan CL ada conference di KL selama 3 hari, so takut2 nanti takleh nak buat paper presentation dgn elok. So, itu yg ditangguh ke 22/6 jam 9.00 pagi.

So, lepas amik nombor giliran (apa ingat boleh masuk pakai redah ke?), menunggulah CL dengan hati nebesnya.. Datang sorang je, tak berteman. Mula2 ingatkan berani, tapi bila dah duduk depan pintu bilik cabut gigi tu, rasa gemuruh tu mengalahkan orang nak akad nikah agaknya.

"Cik Wan..." nama CL dipanggil misi ber'mask' dari pintu bilik No. 3. Fuh.. berselawat CL sambil melangkah neves ke bilik tue. Masuk2 jer, semua orang pakai mask. Dokter dan nurse semua pompuan. Naseb baik.. Kalau doktor laki, mau lagi nebes.. Diorang semua tgh prepare tools untuk operasi menceraikan encik gigi bongsuku dari cik gusiku.

Dr. Fatihah (muda lg orangnya) pun suh la CL duduk kat kerusi spesel tu. Sambil tu, dia terangkan proses yang akan dia buat jap lagi. Termasuk efek yang akan CL hadapi selepas selesai semua proses. Apa yg Dr. ckp rasa melayang sipi2 je tepi telinga CL walaupun kepala terangguk2 konon mcm faham. Sebabnya CL teramatlah nebes sampai sejuk kaki tangan.

So, baringlah CL kat atas kerusi yang tak seberapa empuk tu. Dr. cakap dia akan extract gigi bawah dulu. 
-Simple check-up kat gigi-gigi dulu guna cermin bulat comel tu, then..

-'Jeng, jeng, jeng..!' datang dah jarum besar dan panjang giler tu.. 

-Dr. suh nganga luas-luas dan 'cukk!' (x bunyi pun sebenarnya) jarum tu menusuk ke gusi bawah. 4 ke 5 dos CL kena termasuk gusi atas sekali. 

-Sakit la jugak masa kena cucuk tu (macam kena gigit semut gatal).

-Lepas 2 minit, kebas (numbness) mula menjalar penuh di keseluruhan kawasan mulut belah kanan termasuk separuh lidah. Then, dia suh kumur2 dulu kat paip kecik tu. Terasa keras je mulut sebelah. Cam alien rase..

-Dr. pun mula mengambil alat2 DAHSYAT lagi menGERUNkan itew menujah ke dalam mulut CL. Owh, sungguh NGERI bila ingat balik. Paling ngeri bila CL nampak ngan mata kepala sendiri pisau tajam dimasukkan ke dalam mulut CL dan terasa daging gusi dibelah. Transparent suction pump yang nurse duk pegang kat sebelah kiri (jugak dlm mulut) asyik duk sedut keluar darah merah yg keluar dari tempat operation tue.

-Ada bunyi 'tokk, tokk, tokk'-->ketuk, ketuk kat gigi

-Ada bunyi 'grrrrr...grrrrrrr..grrrrrr..' -->gerudi apa la pulak Dr. nih dalam mulut aku nih.

Macam problematic sungguh nak cabut gigi bawah nih. Dr. punya goyang2 gigi CL sampai dgn kepala CL sekali bergoyang2. Terpaksa nurse pegang rahang CL dgn kedua belah tangan beliau yg mulus itew sebab Dr. punya goyangan tu AMATlah DAHSYAT sekali. Time ni, memang CL rasa takut giler. Selawat tak sudah2 dalam hati. Tangan kejap erat duk genggam. Kaki menggeletar kut.. Tak pernah sedahsyat ni rasa takut. Rasa neves sebab takleh jawab exam masa killer subject kat univ dulu pun tak seteruk ni. Rasa neves sebab nak start mukadimah debat atau pidato masa zaman univ dulu pun tak sehebat nih. Seyes, otot2 peha rasa kejang sampai tahap nurse sorang lagi tepuk2 peha supaya rileks dan cakap "Adik, jangan kejang, rileks jer..". Fuh, senang la nurse cakap, yg menanggungnya saya..*ceh, dalam hati jer ckp, sebab mulut penuh dgn tangan Dr. tu*.

Setelah berhempas pulas hampir 15 minit, tiba2 Dr. cakap "Ha, dah keluar pun baby awak ni.." sambil menarik keluar satu objek putih berlumuran darah, menunjuk pada CL. Huhu, buat lawak pulak Dr. nih. Rasa nak nagis pun ada. Bersyukur sangat rasanya masa tu. Tiba2 insaf menggambarkan keperitan umi melahirkan CL dulu. Terima kasih umi for giving birth of me to this world..

CL rasa dah tak sanggup nak teruskan untuk cabut gigi yang atas pulak. Ingat nak tangguh buat appointment lain kali pulak. TAPI, belum sempat CL cakap apa2 lagi kat Dr. tu sebab masih dalam keadaan mamai trauma, tangan Dr. dah ke dalam mulut CL bersedia untuk tooth extraction yg bahagian atas pulak da.. Tapi, alhamdulillah gigi atas tak sesusah gigi bawah. Goyang-goyang sikit, tarik dan tercabut dari gusi. 

Ingat dah selesai ke? Oh, tidak.... Masih ada thriller part. Iaitu bab jahit-menjahit secara LIVE di dalam mulutku..!

CL biasa jahit butang baju, biasa sembat baju dan juga biasa juga tengok rancangan medik di TV. Tapi, bila alami secara LIVE sendiri proses jahit-menjahit ni with my own eyes, uhuhuk..sungguh menggerunkan. Nak tutup mata, terpukau. Dah bukak mata tengok, rasa mau nangis pun ada.. Jarumnya macam cangkuk orang mata kail pancing tu ha. Tajam. Pastu benangnya warna hitam. Tak lama proses jahit ni. Tapi, betul2 menimbulkan aura menakutkan buat CL.

Last sekali, Dr. cakap dia akan letak satu bahan apa tah dalam root canal tu. CL dengar dalam sedar tak sedar jer. Macam orang mamai. Agaknya, efek anesthesia yang dicucuk awal tadi kot. Kalau tak silap, katanya untuk membantu pembentukan darah beku. Lepas tue, Dr. pun letak la kapas putih kat operated area tue.. SETEL.

Sebelum keluar dari bilik tu, Dr. ada cakap pasal effects yg akan berlaku dan precautions yang patut CL buat. Rasa mcm nak record je apa yg Dr tu ckp sebab telinga CL takleh nak fokus sebab rasa macam mamai2 sikit. Antara yg CL ingat:
-Jap lagi, gi farmasi kat tingkat bawah amik drugs prescription tue.
-Balik nanti, letak ice kat swelling area.
-Jangan makan benda2 keras.
-Elakkan makanan panas.
-Tempat dia jahit tu ada bukaan sikit, make sure jgn ada makanan masuk situ. and bla, bla, bla..
Dua batang gigi bongsu CL yang berjaya dicabut (kiri;gigi atas & kanan;gigi bawah)..chumil kan..hehe. Jgn bimbang ttg tahap kebersihannya okay. CL dah rendam dalam Listerine semalaman dan Clorox semalaman sebelum boleh dipegang dengan bare-hand okay.

Then, CL pun keluarlah dari bilik tu dengan rasa penuh ketidakselesaan dalam mulut tu. Gi kaunter bayar RM50 (cabut gigi perlukan minor surgery) + RM1 (cabut gigi cara biasa). Then, menuju la pulak ke kaunter farmasi di tgkat bwh. Klinik gigi di tingkat 2. Ramai la pulak manusia nih.. Kena menunggu lagi. Dalam mulut darah dah macam penuh bercampur dgn air liur. Nak telan punyalah susah dgn kapas duk tersumbat dalam mulut. Lagipun, terasa loya plak nak bagi darah tu lalu kot tenggorok.. uekss..

Setel amik ubat semua, merempitlah CL ke ofis (research cluster). Waktu tu kebas masih ada lagi, so tak terasa lagi la sakit efek dari surgery tu. Siap boleh singgah kubikal kawan lagi, mintak dia belikan bubur nasi (cakap melalui note jer sebab susah nk bukak mulut dgn kapas tersumbat tue)..

Then, masuk kubikal sendiri. CL rasa macam ok jer lepas operation. Takde la teruk sangat. CL pun on PC. Nak buat kerja la konon. Tapi, tak lama.. Selepas setengah jam.....


BERSAMBUNG...

Lensa Che Long: ingat lepas cabut gigi bongsu, anda dah selamat ke dari pengalaman mengerikan? oh, tidak..mungkin anda mengalami paresthesia seperti saya..huhu..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang